Video Viral ‘Jengkaut vs Ford Ranger’ dah macam aksi dalam filem

Video yang melibatkan aksi sebuah jengkaut merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger menjadi tular di media sosial semalam.

Kejadian yang berlaku di kebun sawit berhampiran kawasan tebatan banjir Labu Kubung Teluk Intan mengakibatkan tiga orang lelaki telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Kejadian berlaku akibat mangsa mengalir parit di laluan yang selalu digunakan oleh pekebun untuk ke kebun masing-masing.

Suspek yang tidak berpuas hati menggunakan jengkaut untuk menutup kembali parit yang dibuat oleh suspek. Ketika mangsa tiba di tempat kejadian berlaku sedikit pertengkaran, suspek menggunakan jengkaut kemudian bertindak melanggar kereta mangsa dan mengejar mangsa dengan menggunakan tukul besi.

Menurut mangsa, dia bertindak menggali parit kerana di tanah miliknya itu disebabkan kawasan tersebut di naiki air. Tambah beliau lagi akan meletakan ‘culvert’ dalam beberapa hari untuk membolehkan laluan tersebut boleh digunakan semula.

Menurut pihak polis, siasatan dilakukan mengikut kanun keseksaan kerana melakukan khianat, mencederakan dan ugutan jenayah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: