Hampir 2 tahun bersama, Anggota SJR terpaksa berpisah dengan ‘Si Kilat’

Sedih, sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan mengenai Anggota yang bertugas di Sekatan Jalan Raya SJR Plaza Tol Alor Star terpaksa berpisah dengan ‘Si Kilat’.

Si Kilat adalah seekor kucing yang selalu datang ke SJR tersebut bersama beberapa ekor kucing yang lain. Namun perpisahan dengan Si Kilat selepas hampir dua tahun bersama sama menemani mereka di situ sangat memberi kesan kepada anggota yang bertugas.

Menurut Sarjan Budian Saf Talib, kucing tersebut menjadi peneman mereka sejak SJR di buka, ia juga menjadi penghibur kepada mereka semua.

Si Kilat berbeza dari yang lain kerana manja dan mudah mendengar arahan, ini menyebabkan ia disayangi oleh anggota di situ.

Namun, selepas penutupan pusat SJR tersebut pada tengah malam tadi seperti yang diumumkan Perdana Menteri semalam, kucing tersebut terpaksa di serahkan kepada orang lain yang boleh menjaganya dengan baik.

Menurut Sarjan Budian, Si Kilat telah diserahkan kepada Mohd Hadi Hashim dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Mohd Hadi yang datang ke situ untuk membantu mengemaskan pusat SJR telah bersetuju untuk menjadi penjaga baru kepada Si Kilat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber : Kredit Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: