Khairul Amin jual 10 ribu botol sambal dalam masa 3 minit – Shopee 10.10

Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih mesra dengan panggilan Aming telah berjaya menjual 10 ribu botol sambal hanya dalam masa 3 minit sahaja melalui aplikasi beli belah Shopee.

Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu yang merupakan seorangpun selebriti masakan terkenal tanahair memuat naik video di media sosial miliknya menunjukkan Sambal Nyet yang dijualnya habis terjual hanya dalam masa 3 minit sahaja.

Video tersebut menunjukkan bagaimana selepas Aming update stock sambalnya sempena promosi Shopee 10.10 sebanyak 10 ribu botol, beberapa kali aplikasi Shopee di telefonnya ‘hang’ akibat menerima tempahan yang banyak dalam masa yang singkat.

Di akaun Twitter miliknya, Aming memberitahu pada 10 bulan lepas beliau mampu menjual 10 ribu botol sambal dalam masa 54 minit, tetapi pada hari ini hanya mengambil masa 3 minit sahaja.

Aming yang terkenal dengan resepi dan video masakan di internet dan kini mempunyai pengikut melebihi 2 juta orang mengucapkan ribuan terima kasih kepada sokongan yang diberikan kepada beliau sehingga ke hari ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: