Premis Pemprosesan Air Ketum Dilengkapi 10 Kamera untuk Pengawasan

Wow, kini sindiket memproses air ketum makin maju dan dilengkapi peralatan canggih untuk melindungi aktiviti kegiatan haram mereka.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, pihak polis telah membuat serbuan ke sebuah premis yang menjadi markas untuk memproses air ketum.

Dalam operasi tersebut pihak polis dari Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Kedah bersama Unit Risik Pasukan Marin Kuala Kedah telah membuat serbuan dan berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai pemilik premis tersebut.

Lelaki yang berusia 45 tahun itu sebelum ini pernah ditahan oleh polis atas kesalahan yang sama, beliau yang sudah 11 tahun terlibat dalam aktiviti tersebut dikatakan mampu memperolehi pendapatan sehingga RM 50,000 sebulan.

Selain memperolehi bekalan daun ketum dari kebunnya sendiri, lelaki itu juga dikatakan mendapatkan bekalan dengan membeli dari penduduk kampung daum ketum dengan harga RM 10 setiap kilogram sebelum diproses.

Menurut sumber, air ketum yang diproses turut dicampur dengan pelbagai bahan tambahan lain bagi memaksimumkan kesan penggunaannya kepada para pelanggan.

Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya merampas kebih 1,300 bungkus air ketum, 100 kilogram daun ketum, 170 botol ubat batuk serta peralatan lain untuk memproses air ketum.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber : Kredit Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: