JKM cari ibu kepada budak yang ditinggalkan di kedai makan

Ibu atau waris kepada seorang kanak kanak perempuan yang ditinggalkan di kedai makan dicari oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Sabak Bernam.

Siti Aishah, 4 tahun dipercayai ditinggalkan oleh ibu kandungnya di sebuah kedai makan di Kampung Sekendi pada tahun 2017.

Kanak tersebut kini dijaga oleh ibu angkatnya iaitu Puan Marwiah Hamirah 52 tahun yang juga merupakan pemilik kepada kedai makan dimana Siti Aishah ditinggalkan.

Siti Aishah ditinggalkan tanpa sebarang pengenalan diri, ini menyukarkan pihak JKM untuk membantu Siti Aishah mendapat bantuan kebajikan yang sewajarnya.

Pihak JKM berkata usaha mencari ibu kepada kanak kanak tersebut adalah bagi membantu mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan Siti Aishah.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu bapa atau waris kepada kanak kanak tersebut boleh memaklumkan kepada pihak JKM Sabak Bernam di talian 0332242304 atau 0332242873.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: