Order Daging Rusa Dapat Daging Kerbau, Peniaga Online Dicekup KPDNHEP

Awas, sekiranya anda seorang yang gemar membeli daging secara atas talian. Ini berhubung penahanan seorang individu yang didakwa menipu pelanggan yang membuat tempahan secara online.

Individu terbabit mengiklankan produk daging rusa melalui satu aplikasi e dagang, tetapi sebaliknya menghantar daging kerbau kepada pelanggan yang memesan daging rusa.

Aktiviti penipuan individu tersebut akhirnya menjerat diri sendiri apabila kegiatannya berjaya dikesan oleh pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP.

Menurut Pengarah Penguatkuasaan KPDNHEP Azman Adam, pihak menerima aduan daripada orang ramai berkenaan perkara tersebut. Pihak KPDNHEP membuat siasatan dengan membeli daging yang dijual dan menghantar ke makmal untuk siasatan.

Hasil laporan dari Jabatan Kimia, daging yang dijual adalah dari daging kerbau dan bukannya daging rusa seperti yang diiklankan.

Pihak KPDNHEP menyerbu dan menyita premis terbabit, antara barangan yang disita ialah beberapa ketul daging sejuk beku serta dokumen perniagaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: