Hobi Kami Mahal, Lelaki ini Beli Burung Terkukur RM 11 Ribu Seekor

Kerana hobi seorang individu sanggup membeli seekor burung Terkukur yang berharga RM11, 000 seekor.

Video yang dikongsi di aplikasi Tiktok itu menunjukkan seorang lelaki sedang berurusniaga dengan seorang individu lain yang dipercayai pemilik kepada burung Terkukur tersebut.

“Wang saya ambik, burung Lu ambik” begitulah transaksi jual beli antara kedua individu tersebut dengan keduanya mengangkat ibu jari tanda bersetuju.

Video yang menjadi viral dan ditonton oleh ramai orang di aplikasi Tiktok itu turut mengundang pelbagai komen daripada warga maya.

Ramai yang menunjukkan rasa terkejut dengan kesanggupan lelaki tersebut membeli seekor burung dengan nilai RM11, 000.

Ramai yang berpendapat ia satu pembaziran, dengan nilai begitu boleh digunakan untuk banyak lagi perkara yang berfaedah.

Burung Terkukur ialah sejenis burung Merpati yang sangat diminati di negara ini kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang sangat ‘merdu’ menurut pengemarnya.

Antara komen netizen

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: