Jangan Panik, Kerja Penyelenggaraan Mengikut Jadual

Rakyat di negeri Selangor diharapkan jangan panik berkenaan masalah air yang berlaku di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Selangor, kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 telah dimulakan pada jam 9 pagi tadi seperti yang telah diumumkan pada 1 Oktober 2021.

Menurut kenyataan itu lagi, kerja kerja tersebut dijangka akan siap pada malam ini iaitu pada jam 11 malam. Manakala bekalan air akan disalurkan kepada penduduk yang terjejas pada jam 5 petang 14 Oktober 2021 selepas sistem bekalan air distabilkan.

Namun begitu, tempoh pemulihan di kawasan terjejas adalah berbeza beza mengikut jarak lokasi premis dan kadar tekanan air. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya iaitu pada 9 malam 16 Oktober 2021.

Jabatan Air Selangor juga akan menghantar bantuan bekalan air menggunakan lori lori yang disediakan di premis dan kawasan yang kritikal seperti Hospital, Pusat Dialisis, Pusat Kuarantin dan Pusat Suntikan Vaksin Covid-19.

Sebarang masalah, aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Air Selangor di nombor hotline 15300 atau boleh menghubungi melalui laman sesawang, facebook dan Twitter Jabatan Air Selangor.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: