Kerana RM2 Bapa ditumbuk sehingga patah gigi oleh Anak Sendiri

Allahuakbar, sedih bila mengenangkan betapa biadapnya sikap segelintir anak-anak muda terhadap orang tuanya sendiri.

Pagi ini sebuah portal berita melaporkan seorang pemuda yang berusia 27 tahun sanggup menumbuk muka ayahnya yang berusia 50an kerana tidak diberikan duit RM2 seperti yang dimintanya.

Menurut sumber kejadian yang berlaku di Kampung Jambu Batu Chendering, seorang pemuda meminta RM2 daripada bapanya untuk membeli minyak motosikal. Namun disebabkan pemuda tersebut sebelum ini bersikap biadap, permintaanya itu tidak diendahkan oleh bapanya.

Marah dengan sikap bapanya, pemuda itu menumbuk muka bapanya sehingga menyebabkan sebatang gigi milik bapanya patah.

Kecewa dengan perbuatan anaknya itu, bapanya telah membuat laporan di Balai Polis Chendering. Kes dilaporkan disiasat mengikut Seksyen 352 kanun keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Dalam kejadian berasingan di Klang Selangor semalam, media melaporkan seorang pemuda tergamak membakar rumah keluarganya sendiri kerana berang tidak diberikan duit oleh ibunya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: