Lagi Kes Anggota Tentera Mengamuk, Tembak Diri Sendiri

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan seorang anggota tentera mengamuk dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata.

Kejadian yang berlaku di Kuching Sarawak itu melibatkan seorang askar menggunakan senjata yang dipercayai Colt M4 Carbine melepaskan beberapa das tembakan sehingga mencederakan ibu mertuanya.

Kejadian yang berlaku di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang tengahari tadi berakhir dengan kehilangan nyawa anggota tentera tersebut yang bertindak menembak dirinya sendiri.

Kejadian tersebut disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 20an itu meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Motif sebenar kejadian belum dapat dipastikan, siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis.

Sebelum ini terdapat juga kejadian yang hampir sama berlaku di Kem TUDM Samarahan Sarawak, mengakibatkan empat anggota TUDM terkorban apabila seorang anggota TUDM bertindak menembak tiga anggota TUDM yang lain sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Asal Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: