Melaka, Individu Hempas Kucing ke Lantai Sehingga Meninggal Kini Dicari

Apa salah kucing itu sehingga dilakukan sedemikian rupa. Ingatkan kejadian berlaku di luar negara, rupanya berlaku di Malaysia.

Tular sebuah video yang menunjukkan seorang individu dilihat menghempas seekor kucing ke lantai. Lebih kejam, Individu tersebut menghempas kucing tersebut berulang kali ke lantai di kaki lima sebuah kedai sehingga kucing malang itu meninggal dunia.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai berhampiran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MTC) pada petang semalam.

Kucing tersebut dilihat sedang tidur di kaki lima sebuah kedai di situ sehingga muncul seorang individu yang dipercayai sedang berjoging bertindak menghempas kucing itu ke lantai.

Video yang berdurasi 49 saat itu menjadi tular dan menerima banyak kecaman dari orang ramai terhadap sikap tidak berhati perut individu tersebut.

Menurut pengadu yang memberikan salinan video dari CCTV di situ, beliau tidak mengenali individu tersebut.

Susulan itu pihak Animal Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut memaklumkan kepada mereka bagi mengesan individu yang bersalah itu.

Diharapkan individu tersebut dapat dikesan dan diberikan hukuman yang setimpal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Asal Kosmo Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: