Neelofa beri sumbangan untuk baiki Pondok Polis yang dibakar

Selebriti popular tanahair, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa telah memperuntukkan sehinga RM 500,000 bagi membaik pulih lebih 21 buah surau di Kelantan.

Menurut Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohammad yang ditemui selepas memberikan sumbangan kepada Ketua Polis Kelantan bagi membaik pulih sebuah Pondok Polis yang dibakar oleh seorang lelaki di Jelawat, Kelantan.

Beliau berkata selain di Kelantan, pihaknya juga ada menyalurkan sumbangan untuk membaik pulih surau surau di negeri lain seperti di negeri Sabah.

Tambah beliau, setiap surau diperuntukkan sebanyak RM 15,000 hingga RM 30,000 berdasarkan kepada kos dan tahap kerosakan. Sekiranya surau tersebut mengalami kerosakannya hampir 100 peratus, surau yang baru akan dibina.

Selain itu, pihaknya juga turut memberikan sumbangan kepada barisan hadapan seperti anggota polis yang banyak berkorban untuk menjaga keamanan negara.

Diharapkan ramai lagi selebriti tanahair mencontohi apa yang dilakukan oleh Neelofa dengan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: