Ebit Lew Ziarah Elyana dan Bad Indigo

Pendakwah terkenal tanahair Ebit Lew menerusi hantaran di akaun facebook miliknya sempat memuat naik kunjungan beliau menziarahi dua orang selebriti yang menghadapi masalah kesihatan iaitu Elyana dan Bad Indigo.

Elyana yang baru selesai menjalani rawatan kemoterapi kerana menghidapi kanser linfoma tahap empat meluahkan rasa terharu dan berbesar hati kerana tidak menyangka seorang yang hebat dan disanjunginya itu datang untuk menziarahinya.

Elyana yang pernah popular dengan lagu Kalis Rindu serta filem Dunia Baru The Movie berkata kehadiran Ebit Lew menambahkan semangat untuk beliau meneruskan kehidupannya.

Selain memberikan kata kata semangat buat Elyana, Ebit Lew juga turut memberikan hadiah dan sedikit sumbangan.

Selain Elyana, Ebit Lew juga turut menziarahi seorang lagi penyanyi dari kumpulan Indigo iaitu Bad atau nama sebenarnya Badrul Idzham Yeop Abdullah yang baru selesai melakukan pembedahan memotong jari kaki kirinya.

Bad dan Isteri tidak menyangka, dan meluahkan rasa terkejut serta gembira diatas kunjungan Ebit Lew tersebut.

Menurut Bad dia redha dengan ujian ini, baginya ini merupakan kasih sayang dari Allah. Ini menyedarkan beliau bahawa setiap apa yang kita miliki adalah milik Allah, beliau juga tidak merasakan ini semua adalah bala tetapi menganggap ini adalah peluang untuk beliau lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: