Ejen Nikah Siam Kembali Tersenyum

Thailand seringkali menjadi pilihan bagi pasangan yang mempunyai masalah untuk mendirikan rumah tangga.

Bagi memudahkan urusan pernikahan di Thailand ramai pasangan menggunakan ejen untuk menguruskan urusan mereka di sana.

Setiap pasangan yang menggunakan perkhidmatan ejen ini biasanya akan dikenakan bayaran dari RM3,000 hingga RM5,000 ini termasuk dengan penginapan.

Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai ejen pernikahan ini terpaksa menganggur kerana tidak ada pasangan yang dibenarkan untuk rentas sempadan untuk masuk ke Thailand.

Ada diantara mereka yang sebelum ini hidup mewah terpaksa mencari kerja lain termasuklah melakukan kerja kerja kampung.

Namun kini, mereka semua boleh kembali tersenyum. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan dimansuhkan, ejen ejen ini tidak menang tangan. Ada ejen yang mendakwa menerima hampir 5 panggilan setiap hari dari pasangan yang ingin bertanya mengenai perkhidmatan mereka.

Ramai pasangan yang sudah lama terpaksa menangguhkan hasrat untuk berkahwin mengambil kesempatan diatas kebenaran rentas negeri ini untuk bernikah di Thailand.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: