Samun Bersiri Menggunakan Toyota Vellfire

Kebiasaannya kes samun penjenayah akan menggunakan motosikal atau kapcai bagi senang melarikan diri, tetapi berbeza kali ini penjenayah menggunakan MPV mewah untuk melakukan aktiviti tersebut.

Pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 40an di sebuah rumah di Kajang Selangor yang dipercayai terlibat dengan beberapa kes samun.

Pihak polis percaya dengan penahanan lelaki tersebut dapat menyelesaikan kes samun bersiri yang dilakukan di sekitar Gombak, Kajang dan Cheras.

Lelaki yang mempunyai 6 rekod jenayah lampau termasuk dadah telah berjaya ditahan kerana terlibat dalam kes samun bersiri di sekitar Selayang pada hari rabu dan Khamis yang lepas.

Menurut pihak polis, modus operasi penjenayah ialah dengan bergerak seorang diri dengan bersenjatakan sebilah pisau dan sebatang rotan untuk melakukan samun terhadap mangsa ditepi jalan, hotel dan premis kedai.

Penjenayah terbabit menggunakan MPV mewah iaitu sebuah Toyota Vellfire untuk melarikan diri selepas melakukan samun.

Sehubungan dengan itu pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Ins Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 0361262222.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: