Piala Thomas, Pasukan Negara Tewas 0-3 Kepada Indonesia

Kejohonan Piala Thomas 2021 yang berlangsung di Denmark, menyaksikan pasukan negara tewas kepada musuh serantau Indonesia di peringkat suku akhir 0-3.

Perseorangan no satu negara Lee Zii Jia yang diharapkan untuk menyumbang mata pertama untuk Malaysia tewas kepada jaguh dari Indonesia Anthony Sinisuka Ginting.

Juara All England 2021 itu tewas mudah straight set kepada pemain Indonesia yang juga pemain di ranking ke 5 dunia itu dengan 15-21 dan 17-21.

Pada perlawanan kedua yang melibatkan beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bertemu dengan beregu dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon. Tewas pada set pertama 17-21, beregu negara bangkit pada set kedua dengan 21-16.

Namun harapan untuk mendapatkan mata pertama buat negara berkecai apabila mereka tewas kepada beregu di ranking no 1 dunia itu dengan 15-21.

Pada perlawanan ke tiga tekanan diletakkan kepada perseorangan kedua negara Ng Tze Yong bagi memberikan sinar untuk pasukan negara kembali bernafas. Namun Ng Tze Yong pemain di ranking ke 80 dunia bertemu dengan Pemain Indonesia Jonathan Christine yang menghuni ranking ke 7 dunia tampak sukar.

Namun pada set pertama Ng Tze Yong berjaya mengejutkan pemenang Pingat Emas Sukan Asia itu dengan 21-14. Pada set kedua permainan agak sengit namun berjaya dimenangi oleh Jonathan Christine dengan 21-19.

Pada set penentuan ternyata pengalaman serta beberapa kesilapan dari Ng Tze Yon memberikan kemenangan kepada Jonathan Christine 21-16 sekaligus berjaya membawa Indonesia ke perlawanan separuh akhir.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: