Harris Cerita Detik Disengat Tebuan Tanah

Selebriti media sosial yang juga seorang pelakon dan model Harris Anuar menceritakan bagaimana bibirnya boleh disengat oleh Tebuan Tanah.

Harris berkata, kejadian berlaku di bilik air ketika beliau bangun pagi untuk solat subuh. Selepas membasuh muka beliau mengambil tuala untuk mengelap mukanya.

Tetapi apa yang tidak beliau sedari seekor Tebuan Tanah telah melekat dekat kain tualanya. Dan ketika dia mengelap mukanya Tebuan itu telah terperangkap diantara muka Harris dan tuala, lalu Tebuan itu menyengat bibir beliau.

Memang sakit, siapa yang pernah disengat Tebuan ini pasti merasai apa yang dirasakan oleh Harris. Namun perkongsian oleh Harris di media sosial mendapat simpati dari netizen dan rakan rakan artis.

Namun ada juga yang terhibur dan berasa kelakar melihat bibir Harris yang membesar seperti aktres Hollywood Angelina Jolie.

Susulan itu akaun Instagram Harris dihujani oleh komen komen yang kelakar dan mencuit hati melihat photo dan video yang dimuat naik oleh beliau.

Respon dari rakan artis

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: