Sayu, video anak hadiahkan kereta untuk ayah ditonton lebih 2.4 juta kali

Sesuatu perkara sekiranya melibatkan ibu dan ayah memang akan mengundang sebak, begitulah yang terjadi apabila menonton video yang dimuat naik oleh seorang lelaki di akaun Tiktok miliknya.

Video yang menjadi viral itu kini ditonton melebihi 2.4 juta kali di aplikasi Tiktok. Video menunjukkan anak-anaknya memberi kejutan kepada kedua orang tua mereka dengan menghadiahkan sebuah kereta.

Ayah dan ibu pada mulanya tidak percaya dan menganggap itu hanyalah gurauan. Ternyata mereka berdua tidak dapat menahan air mata apabila mendapat tahu sebuah kereta Proton Saga baharu dibeli dan dihadiahkan kepada mereka

Hanya ini yang mampu dihadiahkan tulis anaknya di video tersebut sempena ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah mereka. Mereka hanya mengharapkan doa dan restu kedua ibu bapa agar mereka dimurahkan rezeki bagi membahagiakan keluarga.

Perkongsian ini ternyata mengundang sebak di kalangan netizen, melihat betapa gembiranya kedua ayah dan ibu mendapatkan hadiah yang sangat istimewa dari anak-anaknya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Asal AjiB Jr

Leave a Reply

%d bloggers like this: