MU lebarkan rekod kekalahan, dibelasah Leicester City 4-2

Rekod tanpa kalah di gelanggang lawan buat Manchester United akhirnya lebur di Stadium King Power apabila mereka tewas kepada pasukan tuan rumah Leicester City 2-4.

Walaupun bermula agak baik pada separuh masa pertama dengan Mason Greenwood membuka jaringan pada minit ke 18 yang membolehkan Manchester mendahului tuan rumah dengan 1-0.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 31 hasil dari jaringan Tielemens.

Pada separuh masa kedua tuan rumah berjaya menambah jaringan pada minit ke 78, namun pada minit ke 82 Marcus Rashford berjaya meledak jaringan bagi menyamakan kedudukan 2-2.

Harapan Manchester United untuk sekurang kurangnya pulang dengan 1 mata tidak kesampaian apabila pasukan tuan rumah berjaya menambah 2 lagi gol pada minit minit akhir perlawanan, keputusan penuh 4-2.

Sementara itu selepas perlawanan, Paul Pogba yang kecewa dengan barisan pertahannya berkata mereka memang layak untuk tewas kerana melepaskan gol mudah dan bodoh. Beliau menyeru agar perubahan segera dilakukan bagi memantapkan pasukan.

Pada perlawanan lain Liverpool membelasah Watford 5-0, Manchester City menang 2-0 menentang Burnley, Chelsea tumpaskan Brentford 1-0, Southampton 1 Leeds United 0, Aston Villa 2 Wolves 3, Norwich 0 Brighton 0.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: