Solat Kapasiti Penuh Dibenarkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi

Kerajaan Arab Saudi membenarkan solat dengan Kapasiti penuh dan tidak lagi menjarakkan syaf di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula hari ini.

Kelonggaran Prosedur Operasi Standard SOP itu diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi pada hari Jumaat yang lepas. Kelonggaran itu termasuk melibatkan sistem pengangkutan awam, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya.

Namun begitu kebenaran hanya diberikan kepada mereka yang sudah lengkap mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

Selain itu pengunjung juga tetap diarahkan untuk memakai pelitup muka untuk sebelum dibenarkan masuk ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Hari ini boleh dilihat buat pertama kalinya umat islam di Arab Saudi solat Subuh di kedua dua masjid suci tersebut dengan merapatkan syaf.

Diharapkan selepas ini keadaan begini boleh dilihat di kesemua masjid di seluruh dunia termasuklah di negara kita. Semoga masjid kembali meriah seperti sebelumnya.

Solat Subuh di Masjidil Haram

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: