‘Timah’ arak dikatakan keluaran Malaysia Menang Anugerah Antarabangsa

Memalukan, itulah yang dapat dirumuskan sekiranya benar apa yang disebarkan di media sosial mengenai sebuah jenama arak yang dikatakan dihasilkan di Malaysia.

Penyebaran berita mengenai jenama baru arak iaitu TIMAH yang telah memenangi Anugerah ‘Malaysia Best Whiskey Award’ di Peraduan Wiski Antarabangsa Terbaik 2021.

Selain dikatakan dihasilkan di Malaysia, arak tersebut yang diberi nama Timah seakan nama bagi orang Melayu serta label yang dilekatkan pada botol menunjukkan seolah olah mengambarkan seorang lelaki yang berjanggut dan berkopiah mengundang rasa tidak selesa dikalangan orang Melayu khususnya yang beragama Islam di Malaysia.

Umum mengetahui Islam adalah agama yang melarang penganutnya untuk minum minuman keras seperti arak, selain itu umat islam juga ditegah daripada melibatkan diri dari sebarang usaha serta perbuatan bagi menghasilkan arak.

Sehubungan itu, Parti Islam Se-Malaysia PAS menjadi sasaran netizen yang mempertikaikan mengapa tidak ada tindakan dari pemimpin parti tersebut yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini.

Sebelum ini PAS yang dilabelkan sebagai parti yang memperjuangkan Islam juga telah dijadikan tempat netizen untuk melepaskan kemarahan mengenai isu kerajaan memberikan kebenaran kekerapan cabutan judi sebanyak 22 kali setahun.

Sebagai tambahan, nama Timah diambil dari perkataan Biji Timah, tidak ada kaitan dengan Fatimah. Manakala gambar lelaki berjanggut itu ialah Kapten Spedy, Penolong Residen Perak yang berjaya menghentikan peperangan Larut melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: