MO Salah dan Sadio Mane Pemain Bolasepak Muslim Tonggak Utama Liverpool

Diasaskan lebih kurang 129 tahun yang lalu, Liverpool FC atau lebih dikenali dengan gelaran The Reds kini antara kelab bolasepak yang paling hebat di atas planet ini.

Pada musim ini, gergasi bolasepak Inggeris itu dilihat menjadi ancaman besar kepada kelab kelab bolasepak dunia yang lain.

Aksi memukau dua tonggak utama The Red iaitu MO Salah dan Sadio Mane disamping aksi konsisten pemain pemain yang lain menjadikan mereka sebuah pasukan yang mantap dan hampir sempurna.

Kedatangan MO Salah ke Liverpool ternyata berjaya membantu meningkatkan prestasi pasukan yang berpangkalan di barat laut England itu. Satu persatu rekod jaringan berjaya dipecahkan oleh beliau.

Kini King of Egypt itu telah menjaringkan 104 gol bersama Liverpool yang menyamai rekod lagenda Chelsea Didier Drogba, namun MO Salah masih mempunyai banyak peluang lagi untuk menambahkan jaringan bagi menjadi pemain dari Afrika dengan jumlah yang paling banyak di EPL.

Sebagai seorang Muslim, setiap kali masuk ke padang beliau terlebih dahulu akan berdoa dan beliau selalu dilihat sujud syukur setiap kali berjaya menjaringkan gol.

Bersama isterinya Maggi, Salah dikurniakan dua orang anak perempuan. Anak pertamanya bernama Makka diberikan nama sempena nama Kota Suci umat Islam iaitu Makkah.

Seorang lagi pemain Liverpool iaitu Sadio Mane merupakan seorang pemain bolasepak muslim yang tidak kurang hebatnya. Hasil gandingan beliau dengan MO Salah dalam pasukan seringkali menghasilkan jaringan buat The Reds.

Sadio Mane anak seorang Imam yang dilahirkan di sebuah perkampungan miskin di Negara Senegal merupakan antara pemain penyerang utama bagi Liverpool.

Beliau dikatakan banyak menghabiskan wang dari pendapatannya sebagai pemain bolasepak dengan membantu membangunkan kampungnya dengan membina sekolah, masjid dan sebagainya.

Beliau kini telah menjaringkan 100 gol bersama pasukan, menjadi pemain ketiga dari Afrika yang berjaya menjaringkan 100 gol di belakang MO Salah dan Didier Drogba. Lebih mengagumkan kesemua jaringannya tidak ada satu pun dari sepakan penalti.

Tidak hairanlah sekiranya MO Salah dan Sadio Mane kini menjadi aset terpenting bagi kelab dan mereka menjadi kesayangan buat peminat bolasepak Liverpool.

Antara jaringan yang dibuat oleh Mane adalah pada aksi EPL hari Ahad yang lepas hasil dari hantaran genius yang dibuat oleh MO Salah ketika mereka menumpaskan Watford dengan 5-0.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: