Takziah, Qari & Permata Al-Quran Negara Telah Kembali ke Rahmatullah

Hari ini kita dikejutkan dengan kembalinya ke Rahmatullah Ustaz Haji Wan Ainuddin Hilmi. Allahyarham adalah seorang Qari Negara dan Permata Al-Quran Malaysia.

Allahyarham merupakan Johan Qari Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa ke 58 yang diadakan pada tahun 2016. Arwah dipercayai menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.26 hari tadi di kediamannya di Machang Kelantan.

Menurut adik Allahyarham, Datuk Muhammad Abdullah ini adalah kematian mengejut, kerana arwah sebelum ini tidak mengalami sebarang penyakit. Namun beliau tidak menolak kemungkinan arwah mengalami serangan jantung.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob juga turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham melalui suapan di akaun facebook miliknya. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, ini adalah satu kehilangan besar.

Kerajaan Negeri Kelantan, sebelum ini iaitu pada tahun 2018 telah menghadiahkan sebuah rumah kepada Allahyarham sebagai mengenang jasa dan sumbangan arwah dalam memartabatkan Al Quran.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

Mari kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah buat arwah, semoga beliau ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: