Anggota Bomba Hampir Lemas Ketika Membantu Mangsa Banjir di Melaka

Seorang anggota bomba dipercayai hampir lemas ketika sedang menjalankan misi membantu mangsa banjir di Kampung Sungai Putat Melaka hari ini.

Pasukan Bomba yang berada di tempat kejadian difahamkan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan anggota bomba tersebut yang tiba tiba pengsan akibat arus air yang deras.

Mangsa kemudian terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut selepas diberikan bantuan pernafasan oleh anggota bomba lain yang berada disitu.

Anggota Bomba berada di tempat kejadian bagi membantu memasang tali bagi membantu penduduk penduduk kampung keluar dari kediaman masing masing akibat banjir yang berlaku.

Semoga dipermudahkan segala urusan wira wira negara bagi membantu mangsa mangsa banjir di Melaka.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: