Anggota Polis Meninggal Dunia Kemalangan Dilanggar Bas

Seorang anggota polis dilaporkan meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Bentong.

Arisham Azahari 37 tahun, yang bertugas di Balai Polis Dong Raub meninggal dunia di tempat kejadian apabila motosikal yang ditungganinya terbabas. Allahyarham dipercayai terjatuh di laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh sebuah bas yang lalu ditempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.30 tengahari, hari Selasa di Kilometer 16 Jalan Bentong-Raub.

Ketika ditempat kejadian, mangsa yang cuba memotong kenderaan yang sesak dan melanggar sebuah kenderaan lain di hadapan lalu terjatuh ke laluan bertentangan.

Menurutnya lagi Kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu pihak polis menyeru mana mana pihak yang menyaksikan kejadian agar tampil untuk membantu siasatan.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: