Khir Rahman dan Fauzi Nawawi Minta Maaf Kepada Raja Farah atas Keterlanjuran

Tular satu video yang dipetik dari sebuah program bual bicara yang diterbitkan oleh Khir Rahman yang dianggap tidak menjaga sensitiviti dan maruah seorang perempuan.

Berikutan itu, artis jemputan pada rancangan tersebut iaitu Fauzi Nawawi dan juga pengacara program Shuk Sahar teruk dikecam oleh orang ramai diatas keterlanjuran mereka yang mendedahkan aib orang lain.

Walaubagaimanapun, Fauzi Nawawi yang juga seorang pelakon senior tanahair memohon maaf kepada Raja Farah dan keluarga di atas kejahilan diri sendiri.

Selain itu, turut membuat permohonan maaf ialah Khir Rahman yang bertindak sebagai Penerbit dan Pengacara bagi rancangan tersebut.

Sebelum itu Raja Farah dan suami ada membuat kenyataan meluahkan rasa kecewa dengan pendedahan yang dibuat oleh Fauzi Nawawi kerana ia melibatkan aib dan maruah keluarga.

Pada rancangan tersebut, Fauzi Nawawi menceritakan pengalaman beliau melakukan adengan rogol dalam filem Anak Halal yang turut dilakonkan oleh Raja Farah. Namun adengan itu terpaksa dibuang kerana atas permintaan keluarga Raja Farah.

Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua agar lebih menjaga sensitiviti terutamanya apabila ia melibatkan aib dan maruah seorang wanita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: