Anggota Bomba yang Lemas Semalam Akhirnya Meninggal Dunia

Seorang anggota bomba yang pengsan dan lemas ketika membantu mangsa banjir di Melaka semalam telah kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham Mohd Diya Che Yusuf 46 tahun disahkan telah meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka pada jam 3.11 pagi tadi.

Allahyarham terlibat dalam misi membantu memindahkan penduduk di Kampung Sungai Putat Melaka akibat banjir semalam.

Akibat arus yang deras, Allahyarham dikatakan pengsan sebelum lemas dihanyutkan arus yang deras. Anggota bomba yang lain mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelamatkan mangsa yang tidak sedarkan diri.

Setelah diberikan bantuan pernafasan, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan. Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi ini.

Akibat hujan lebat yang tidak berhenti selama beberapa jam semalam, banyak kawasan di seluruh negara telah mengalami banjir kilat.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: