Beberapa buah kenderaan yang parkir di tepi jalan rosak disodok lori

Putrajaya, beberapa buah kenderaan yang di parkir di tepi jalan mengalami kerosakan akibat dirempuh oleh sebuah lori.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Kompleks E Bangunan Kerajaan Putrajaya itu mengakibatkan hampir 20 buah kenderaan rosak.

Hasil pemeriksaan melalui kamera litar tertutup CCTV di situ mendapati sebuah lori berwarna putih dilihat merempuh semua kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan.

Pemandu lori tersebut dipercayai cuba melalui jalan tersebut, tetapi terhalang dengan kenderaan yang diparkir di kanan dan kiri jalan.

Walaubagaimanapun, motif pemandu lori yang merempuh semua kenderaan disitu tidak dapat dipastikan.

Difahamkan kawasan tersebut mempunyai ruang yang terhad untuk pengguna meletakkan kenderaan, ini memaksa mereka meletakkan kereta di bahu jalan.

Menerusi ruangan komen ramai netizen memuji tindakan pemandu lori yang boleh memberi pengajaran kepada pemandu yang suka meletakkan kereta di bahu bahu jalan.

Namun perbuatan pemandu lori tersebut tetap salah disisi undang undang kerana dengan sengaja merosakkan harta benda orang ramai.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: