Ronaldo Jaringkan Gol Kemenangan dalam Aksi Kebangkitan Penuh Dramatik MU

Perlawanan minggu ketiga Piala Liga Juara Juara Eropah menyaksikan kelab dari England, Manchester United mempamerkan kebangkitan penuh dramatik apabila berjaya menumpaskan Atalanta FC 3-2.

Christiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira buat United apabila berjaya menjaringkan gol pada minit 81 permainan menerusi satu tandukan cantik.

Pada separuh masa pertama Atalanta terlebih dahulu mendahului United dengan 2-0 hasil jaringan oleh M Pasalic pada minit ke 15, dan M Demiral pada minit ke 28 hasil kerapuhan barisan pertahanan United.

Namun Manchester United bangkit pada separuh masa kedua bermula dengan jaringan oleh Rashford pada minit ke 53, seterusnya oleh Maguire pada minit ke 75, sebelum Christiano Ronaldo meledak gol kemenangan pada minit ke 81 bagi menumpaskan pasukan dari Itali itu.

Kemenangan ini sekaligus memberi kelegaan kepada Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang di ambang penyingkiran akibat prestasi kelab yang tidak menentu.

Manchester United kini berada ditangga teratas dalam kumpulan F Piala Liga Juara Juara Eropah setelah mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: