Batu Besar Jatuh Dari Bukit, Pemandu Kereta Nyaris Maut

Pulau Pinang, sebuah bongkah batu yang besar bergolek dari atas bukit lalu terjatuh ke atas jalanraya yang menghalang lalu lintas di situ.

Seorang pemandu sebuah kereta nyaris maut apabila bongkah batu tersebut turut menghempas kereta yang dipandunya.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Tun Sardon yang menghala ke Paya Terubong. Walaubagaimanapun, pemandu yang berusia 37 tahun tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Namun kenderaan yang dipandunya iaitu jenis Hyundai Sonata mengalami kerosakan yang agak teruk di sebelah kiri akibat terkena bongkah batu yang jatuh tersebut.

Bongkah batu tersebut kemudiannya telah dialihkan oleh Jabatan Kerja Raya JKR Daerah Barat Daya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: