Cara Menghindari Gangguan Makhluk Halus Di Rumah Menurut Islam

Makhluk ghaib atau entiti yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar manusia memang wujud. Mereka ini berkemungkinan terdiri daripada Jin dan Syaitan yang telah diciptakan oleh Allah sebelum daripada manusia.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan Manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Dan Jin pula kami jadikan ia sebelum itu dari angin api yang panas menyerap ke liang bulu roma” Firman Allah SWT dalam Surah Al Hij 26-27.

Terbaharu kita mendengar cerita mengenai Toyol yang mencuri duit di rumah penduduk sebuah kampung di Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu pelbagai lagi cerita berkenaan gangguan makhluk halus ini dirumah.

Menerusi halaman Maktabah al Bakri, mantan Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia iaitu Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri memberi panduan cara menghindari gangguan makhluk halus di rumah.

Menurut Dr Zulkifli, Jin terbahagi kepada tiga golongan ini seperti yang diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW oleh Abi Tsalabah Al Kusyhaniy.

“Jin terbahagi kepada tiga golongan, satu golongan mempunyai sayap dan terbang di udara, satu golongan berbentuk ular dan anjing, manakala satu lagi mendiami di satu tempat dan berpindah randah seperti Arab Badwi”.

Dr Zulkifli memberi tiga saranan, yang pertama. Melazimkan membaca Al-Quran dirumah terutamanya Surah Al Baqarah dan Surah Yassin.

Ini bertepatan dengan satu Hadis yang bermaksud “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al Baqarah di dalamnya” Riwayat Muslim dan An Nasa’ie.

Satu lagi riwayat dari Ibnu Mas’ud R.A yang bermaksud “Sesungguhnya Syaitan apabila mendengar Surah Al Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka ia akan keluar dari rumah tersebut” Riwayat Al Tabrani, Al Kabir dan Al Darimi.

Kedua, kita digalakkan memperbanyakkan Zikrullah iaitu dengan mengingati dan memuji Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al Jabir bin Abdillah R.Anhuma yang bermaksud “Apabila seseorang masuk ke rumahnya, kemudian dia berzikir kepadanya ketika masuk dan ketika makan, maka Syaitan akan berkata tidak ada tempat menginap dan makan malam. Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk [Bismillah dan memberi salam] maka Syaitan berkata kamu memperoleh tempat menginap [kepada rakanya]” Riwayat Muslim dan Abu Daud.

Ketiga kita digalakkan untuk Membaca doa ketika masuk ke dalam rumah dan Memberikan salam kepada mereka yang berada di dalam rumah.

“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu kebaikan ketika masuk dan kebaikan ketika keluar. Dengan menyebut nama Allah kami masuk dan kami keluar, dan kepada Rabb kami, kami bertawakkal” Riwayat Abu Daud.

Dr Zulkifli juga menambah, selain kita bergantung kepada Allah SWT, kita juga perlu berikhtiar dengan memasang CCTV, Kawalan Rukun Tetangga, Memasang alat penggera dan juga lain lain langkah kawalan keselamatan di rumah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Asal Maktabah al Bakri

Leave a Reply

%d bloggers like this: