Misi Manchester United Membenam Cabaran Liverpool Ahad Ini

Perseteruan antara dua kelab ‘Red Derby’ ini sudah tidak dapat dielakkan lagi. Mereka sekali lagi bertemu pada Ahad ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perlawanan yang bakal membuatkan jutaan peminat bagi kedua dua kelab di seluruh dunia ini ‘bercakaran’ sesama mereka di media sosial.

Walaupun rekod pertemuan memihak kepada Manchester United yang telah memenangi 81 perlawanan berbanding Liverpool yang hanya mencatat 68 kemenangan antara satu sama lain, namun sekiranya diukur dari prestasi semasa Liverpool mempunyai kelebihan.

Perlawanan terakhir antara kedua dua pasukan dimenangi oleh Liverpool dengan 4-2 ketika mereka berkunjung ke Old Trafford pada bulan Mei 2021.

Pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer dijangka akan menurunkan gandingan bintang mereka iaitu Christiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Paul Pogba yang diharapkan mampu membenam cabaran dari Liverpool.

Setelah berjaya membuat ‘come back’ dengan menewaskan Atalanta FC 3-2, ujian sebenar United ialah pada Ahad ini apabila melayan kunjungan Liverpool, itu yang disampaikan oleh lagenda The Red Devil, Paul Scholes.

Dengan bintang utama Liverpool, MO Salah yang berada di prestasi terbaiknya barisan pertahanan United harus lebih berwaspada dengan aksi lincah King of Egypt tersebut yang mempunyai rekod jaringan yang sangat baik ketika bertemu mereka.

Ditambah dengan kehadiran semula tonggak pertahanan tengah The Reds iaitu Virgil Van Dijk juga mampu memberi kesukaran kepada barisan serangan Manchester United.

Mampukah Manchester United membenam cabaran daripada Liverpool, kita tunggu Ahad ini jam 11 malam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: