Myvi Dirakam ‘Bergurau’ di atas Jalanraya

Perodua Myvi atau lebih dikenali oleh netizen dengan gelaran ‘Kings’ sentiasa mencuri perhatian, kali ini dirakam ‘bergurau’ di jalanraya.

Video yang berdurasi lebih kurang 30 saat itu dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh individu yang menggunakan nama demgurl menunjukkan dua buah kereta sedang melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada mereka dan pengguna jalanraya yang lain.

Dengan caption berbunyi ‘siapa pun anda and alasan anda, mohon jangan bahayakan orang lain atas jalanraya’ video tersebut telah tersebar di media sosial yang lain.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Jalan Kuching, Kuala Lumpur itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih dan sebuah kenderaan sedan yang tidak dapat dipastikan dari jenis apa. Mereka dilihat seperti bergurau atau bergaduh dengan aksi acah mengacah antar satu sama lain.

Sehubungan itu, orang ramai mengesa pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka, kerana aksi sebegitu boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Asal demgurl

Leave a Reply

%d bloggers like this: