Mamat Khalid telah kembali ke Rahmatullah

Berita yang mengejutkan dunia seni tanahair hari ini, Pengarah Filem terkenal negara saudara Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia.

Allahyarham 58 tahun telah disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River pada pukul 12.30 malam tadi.

Pengarah dan juga Penerbit filem itu dikatakan telah rebah ketika berada di restoran miliknya, Sarang Art Hub di Tanjung Malim Perak, arwah kemudiannya dikejarkan ke hospital menggunakan Ambulan.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafizh Nafiah, walaubagaimanapun Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tambah beliau lagi, jenazah Allahyarham yang merupakan adik kepada Kartunis terkenal tanah iaitu Datuk Lat akan dikebumikan pada hari Ahad di Ipoh.

Allahyarham Mamat Khalid seorang Pengarah filem yang hebat, filem yang diarahkan banyak berunsur komedi yang sangat dekat dengan budaya masyarakat Malaysia.

Antara filem arahan beliau ialah seperti Man Laksa, Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Rock dan banyak lagi.

Mari kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah atas pemergian Allahyarham Mamat Khalid, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: