Old Trafford Menangis, Manchester United lunyai dibelasah Liverpool

Mudah, terlalu mudah seumpama pasukan bertaraf kelab bertemu dengan pasukan bolasepak sekolah. Old Trafford menjadi saksi kerakusan Liverpool membenam Manchester United dengan 5 berbalas 0.

13 minit pertama yang sumbang buat Manchester United, apabila gawang mereka mudah dibolosi dua kali oleh seteru utama mereka, Liverpool.

Pasukan pelawat berjaya membuka jaringan pertama seawal minit ke 5′, hasil hantaran cantik oleh MO Salah dan berjaya disudahkan oleh Keita.

Pada minit ke 13′ gawang Manchester United bolos lagi, kali ini hasil jaringan dari Jota berpunca dari hantaran Alexander Arnold dari sebelah kanan.

Pada minit ke 38′ giliran MO Salah pula menambah jaringan setelah berjaya menolak hantaran cantik dari Keita terus ke gawang Manchester United.

Pada minit akhir masa tambahan separuh masa pertama MO Salah menambah derita pasukan tuan rumah apabila berjaya menjaringkan gol ke empat buat Liverpool.

Bermula separuh masa kedua MO Salah tidak menunggu lama, pada minit ke 50′ beliau menambah derita kelab yang diberi gelaran Red Devil itu dengan berjaya menjaringkan gol ke lima buat Liverpool yang juga hatrik buat beliau.

Bintang Manchester United, Christiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United pada minit ke 53′, namun jaringan itu dibatalkan oleh pengadil kerana Offside.

Malang berganda buat Manchester United apabila hajat mereka untuk membuat ‘comeback’ seperti menuju jalan buntu apabila Paul Pogba dilayangkan kad Merah pada minit ke 61′ hasil semakan VAR selepas beliau mengasari pemain Liverpool.

Keputusan penuh menyaksikan Manchester United tewas di gelanggang mereka sendiri dengan jumlah jaringan yang agak besar kepada Liverpool 0-5.

Kekalahan ini mengakibatkan peluang Manchester United untuk bersaing merebut piala Liga Perdana Inggeris musim ini musnah. Selain itu kerjaya Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus United juga mungkin akan berakhir.

Pogba mendapat kad merah, Ronaldo kad kuning

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: