Ucapan Tahniah bertukar Takziah, sempat bergelar Isteri untuk sehari sebelum dijemput Ilahi

Allahuakbar, besarnya ujian buat seorang suami yang terpaksa berpisah selamanya dengan isteri yang baru sehari dinikahinya.

Mohd Amirul Akmal Mohd Aziz, 25 tahun baru sehari mendirikan rumah tangga dengan isteri Siti Sarah Ismail 25 tahun sebelum isterinya itu disahkan meninggal dunia pada Ahad yang lalu.

Kisah menyedihkan mengenai pasangan ini viral di media sosial yang turut disebarkan oleh rakan dan kenalan mereka.

Berita ini juga dimuat naik oleh seorang pengguna facebook yang dipercayai individu yang menjadi jurumekap bagi pasangan tersebut.

“Al-Fatihah untuk pengantin ku, sempat jadi isteri 1 hari. Ari Sabtu pagi 23.10.2021 mekap arwah untuk akad nikah jam 11 pagi dan sanding. Ahad 23.10.2021 jam 10.30 pagi beliau mengadap ilahi” Tulis beliau.

Allahyarhamah Siti Saraf merupakan seorang kakitangan di Jabatan Pengangkutan Jalan Putrajaya, seperti yang diceritakan oleh rakan rakanya beliau seorang wanita yang sangat baik, rajin dan taat kepada agama.

Menurut Mohd Amirul, arwah isterinya mengadu sakit kepala pada jam 3 pagi, selepas itu arwah tidur semula. Beliau yang menemani arwah melihat arwah berada di dalam keadaan yang baik sebelum dikejutkan dengan arwah yang tiba tiba mengalami sesak nafas.

Mohd Amirul terus menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan, namun arwah telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas pada jam 12.30 tengahari.

Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab II telah mengenal pasti punca kematian arwah adalah akibat pendarahan otak di sebelah kanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: