Rekod Dunia, Bayi Kembar 9 Sudah dibenarkan Pulang ke Rumah

Menakjubkan, Halima Cisse 26 tahun memecahkan rekod dunia selepas berjaya melahirkan 9 orang bayi kembar tanpa menggunakan rawatan kehamilan.

Halima yang berasal dari Mali, melahirkan kesemua bayi kembarnya di Hospital Casablanca Morocco melalui pembedahan kini sudah dibenarkan pulang setelah ditahan di wad akibat kelahiran pra matang.

Bayi bayi ini pada awalnya mempunyai peluang 50/50 untuk selamat, namun mereka semua sangat kuat. Mereka melepasi tempoh kritikal dan berjaya keluar dari inkubator sehingga kini kesihatan mereka bertambah baik.

Halima dan suami yang merupakan seorang Tentera Laut bernasib baik kerana bil hospital sebanyak RM 5.7 juta sebahagiannya ditanggung oleh pihak Kerajaan Mali.

Mereka dikatakan memerlukan 100 keping lamping pakai buang, dan sejumlah 6 liter susu setiap hari.

Ini merupakan kali pertama mereka dapat bergambar bersama sama dengan kesemua 9 orang bayi kembar yang terdiri dari 4 lelaki dan 5 perempuan.

Bayi perempuan mereka diberi nama, Adam, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatauma. Manakala yang lelaki dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammad VI.

Sebelum ini rekod kelahiran paling ramai dipegang oleh rakyat Amerika, Nadya Suleman dengan melahirkan 8 bayi kembar melalui kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: