‘Bentuk Makhluk Alam di Sebalik Mata’ Pengamal Perubatan Dedah Imej ‘Hantu Air’

Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengamal perubatan tradisional menunjukkan rupa Jin yang menjelma sebagai seekor ular raksasa.

Video yang dimuat naik oleh Md Rosli Hasan yang turut digelar sebagai seorang Ustaz itu menjadi perdebatan dikalangan netizen di ruangan komen.

Ada yang percaya dan yakin akan penampakan entiti yang tinggi dan bermata merah saga itu adalah rupa sebenar Hantu Air yang sering kali diceritakan sejak dari dulu.

Namun tidak kurang juga ramai netizen yang mempertikaikan kesahihan video tersebut. Ada yang berpendapat imej Hantu Air tersebut adalah sekadar prop yang sengaja dibuat begitu.

Md Rosli Hasan berkata dalam hantaran di facebooknya, video tersebut menunjukkan bagaimana beliau memulangkan batu delima kepada ‘yang berhak’ . Manakala imej yang bermata merah tersebut adalah Jin yang menjelma sebagai seekor ular raksasa sebesar kayu balak empat pemeluk katanya.

Pada mulanya beliau tidak ingin berkongsi video tersebut bimbang akan menimbulkan fitnah. Tambah beliau lagi bukan semua orang diberikan keistimewaan untuk berinteraksi dengan makhluk halus.

Melalui hantaran terbaharu di facebooknya, Md Rosli Hasan berkata sekiranya video memulangkan batu delima itu menjadi fitnah dia akan menunjukkan pula bagaimana manusia boleh menjinakkan harimau di dalam hutan untuk menunggangnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: