Takziah buat keluarga mangsa panahan petir di Kelantan

Salam takziah diucapkan buat keluarga kepada seorang remaja yang meninggal dunia akibat dipanah petir di Kelantan.

Menurut maklumat yang disiarkan di sebuah halaman Facebook si negeri itu, kejadian yang dilaporkan berlaku petang tadi di Bukit Jerus, Selinsing.

Dalam kejadian tersebut, dua orang remaja dilaporkan telah dipanah petir yang mengakibatkan seorang meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital HUSM Kubang Kerian.

Berikutan musim hujan dan petir yang melanda sekarang, orang ramai dinasihati agar menjauhi dari berteduh di bawah pokok, di kawasan lapang dan di atas bumbung bangunan bagi mengurangkan risiko panahan petir.

Seeloknya orang ramai digalakkan berlindung di kawasan tempat tertutup, seperti di dalam rumah, di bawah khemah atau di kawasan yang tertutup dan selamat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Page Info Banjir Negeri Kelantan

Leave a Reply

%d bloggers like this: