Viral Video Pacuan 4 Roda Hilang Kawalan Pemandu Disyaki Pengsan

Tular sebuah video yang berjaya dirakam oleh seorang individu mengenai sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang hilang kawalan.

Kenderaan tersebut dilihat mengeluarkan asap akibat dari roda yang berpusing apabila terhalang oleh bahu jalan yang tinggi.

Kelihatan beberapa orang pengguna jalanraya yang lain ingin cuba membantu dengan memecah tingkap cermin pacuan 4 roda tersebut.

Kejadian yang berlaku di Kajang Selangor itu difahamkan kerana pemandu pacuan 4 roda tersebut hilang kawalan berkemungkinan akibat pengsan, dan panik apabila tersedar.

Akibat dari itu, kenderaan tersebut bergerak dengan sendiri dengan melanggar bahu jalan, seterusnya melepasi longkang dan merempuh sebuah motosikal yang berada di hadapannya sebelum merempuh sebuah kedai yang berada di situ.

Namun yang lebih menarik perhatian netizen apabila mendengar ulasan dari perakam video yang kelihatan sangat teruja yang beberapa kali mengulangi ungkapan ‘Oh my God’. Selain itu warga net juga turut memuji kualiti video yang dirakam.

Namun begitu, setakat ini pihak kami masih belum dapat memastikan apa sebenarnya yang terjadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysia Automotive Shitposting

Leave a Reply

%d bloggers like this: