Arak jenama ‘Timah’ akan dijenamakan semula

Sebelum ini kecoh isu yang melibatkan satu produk minuman keras yang dikatakan dihasilkan oleh sebuah syarikat di Malaysia dengan menggunakan nama Timah.

Selain itu, produk tersebut juga dilabelkan dengan imej seorang lelaki berjanggut yang seakan akan memakai kopiah. Walaupun pada asalnya nama Timah diambil dari perkataan bijih timah, dan label lelaki berjanggut itu adalah photo Kapten Spedy Penolong Residen Perak yang berjaya menghentikan Peperangan Larut.

Isu ini hangat diperkatakan di media sosial, selain itu ia juga turut dikatakan mengundang rasa tidak selesa kepada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Sebuah portal berita tempatan hari ini melaporkan, pemilik syarikat minuman keras tersebut, Winepark Corpration Malaysia Sdn Bhd sudah membuat permohonan tempoh selama satu minggu bagi berbincang dengan pemegang saham dan ahli lembaga pengarah bagi menukar nama dan imej pada label produk tersebut.

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Ini adalah susulan dari pertemuan yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato Seri Annuar Musa, Menteri Hal Ehwal Agama Islam Haji Idris Ahmad serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohammad Sadique.

Tambah beliau lagi, pertemuan hybrid itu diadakan secara harmoni dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: