Giliran Penunggang Motosikal Pula Bantu Anggota Polis

Polis dan masyarakat berpisah tiada, inilah yang dapat digambarkan mengenai peranan pihak polis dalam membantu orang ramai.

Selalunya kita melihat polis yang akan membantu orang ramai, tetapi kali ini giliran polis pula yang dibantu.

Sebuah video yang dimuat naik oleh seseorang individu yang mengelarkan dirinya dengan nama durianbrothers di aplikasi Tiktok menunjukkan seorang anggota polis telah dibantu oleh dua orang penunggang motosikal.

Difahamkan motosikal anggota polis tersebut mengalami masalah, kedua dua orang penunggang motosikal itu dilihat menolak dari belakang menggunakan kaki bagi membantu anggota polis tersebut.

Perkongsian di aplikasi Tiktok tersebut berjaya menarik lebih 400 ribu tontonan. Rata rata netizen dilihat memberikan komen yang positif dan kagum dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penunggang motosikal dan juga anggota polis tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok durianbrothers

Leave a Reply

%d bloggers like this: