Polis Trafik Dilanggar Penunggang Motosikal Di Subang Jaya

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang Anggota Polis Trafik dilanggar oleh seorang penunggang motosikal.

Kejadian yang dipercayai berlaku pagi tadi di susur keluar lebuhraya Kesas menghala ke Subang Jaya itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalanraya yang lain menggunakan ‘dash cam’.

Seorang penunggang motosikal dilihat cuba melepasi beberapa kereta tidak menyedari akan adanya seorang anggota polis trafik yang sedang menjaga lalulintas di tempat kejadian.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna facebook yang bernama Syah Mizie di kumpulan Facebook Dashcam Owners Malaysia.

Kepada semua pengguna jalanraya diluar sana berhati hati lah ketika memandu, sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: