Bajet 2022

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sebentar tadi telah membentangkan bajet 2022.

Bajet 2022 kali ini berinspirasi dari konsep Keluarga Malaysia, ia adalah satu Bajet yang komprehensif yang mana merangkumi semua lapisan rakyat Malaysia. Bajet kali ini lebih menyeluruh bagi memastikan tidak ada sesiapa pun yang akan tercicir dari menerima bantuan.

Bagi memperkasakan sistem pendidikan negara sejumlah RM 52.6 Billion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Negara iaitu jumlah peruntukan yang terbesar diberikan.

Manakala Kementerian Kesihatan menerima peruntukan yang kedua terbanyak iaitu sebanyak RM 32.4 Billion.

Bermula tahun hadapan Bantuan Keluarga Malaysia BKM akan diperkenalkan bagi mengantikan Bantuan Prihatin Rakyat BPR. Skim ini akan ditambah baik dengan isi rumah yang layak akan menerima RM 2,000 hingga RM 2,500.

Selain itu peruntukan khas juga disediakan untuk anak-anak yang kehilangan ibu bapa atau waris akibat wabak Covid-19.

Golongan wanita tidak terkecuali mendapat manfaat daripada bajet 2022. Jawatan utama akan diperuntukkan kepada golongan wanita. Skuad Khas PDRM juga akan diwujudkan bagi menangani jenayah seksual melibatkan golongan wanita. Kit kebersihan wanita juga akan diedarkan kepada 130 ribu remaja dari keluar B40.

Antara golongan yang menerima manfaat daripada bajet kali ini ialah, para mahasiswa dan mahasiswi yang akan mendapat komputer riba percuma.

Industri automotif turut diberi perhatian, pengecualian cukai SST 100% untuk kenderaan pemasangan tempatan dan 50% untuk kenderaan Import akan dilanjutkan sehinga 6 bulan lagi.

Penjawat awan tidak terkecuali, pelbagai peruntukan dan bantuan tambahan diberikan kepada mereka. Apa yang mengembirakan kali ini penjawat awam yang berada dalam gred 56 ke bawah akan menerima bantuan sara hidup sebanyak RM 700.

Namun sedikit mendukacitakan, harapan rakyat untuk mengeluarkan wang simpanan KWSP sebanyak RM 10,000 buat pekerja swasta seperti yang di perjuangkan oleh Pemuda Umno tidak pula diumumkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: