Bajet 2022, Golongan Bujang Tidak Dipinggirkan

Selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 semalam ramai yang bertanya apakah golongan bujang tidak mendapat apa apa dari Bajet 2022 kerana tidak disebut oleh Tengku Zafrul.

Susulan itu, Menteri Kewangan telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya golongan bujang juga termasuk dalam golongan yang akan menerima manfaat daripada Bajet 2022.

Bantuan buat golongan bujang termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia BKM yang akan diperkenalkan tahun hadapan. Bagi golongan ini mereka akan menerima RM 350 untuk mereka yang mempunyai pendapatan di bawah RM 2,500.

Menurut Bajet 2022, sejumlah RM 8.2 billion diperuntukkan untuk program BKM yang dijangka memanfaatkan lebih kurang 9.6 juta penerima.

Selain golongan bujang, golongan ibu atau bapa tunggal akan menerima RM500, manakala warga emas akan menerima RM 300 dan RM 600 untuk warga emas bujang yang tiada pasangan.

Bagi isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang dari RM 2,500, mereka akan memperolehi bantuan sebanyak RM 1,000 hingga RM 2,000 berdasarkan bilangan anak.

Jumlah peruntukan bajet kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah, ia melibatkan peruntukkan sehingga RM 332 billion. Ia dilihat satu bajet yang komprehensif dan menyeluruh bagi memastikan tidak ada golongan yang tercicir.

Namun ada sedikit kekecewaan yang diluahkan oleh Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi apabila ada beberapa #tuntutan rakyat seperti kebenaran pengeluaran KWSP RM 10,000 secara one off tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: