Tn Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam telah pergi selamanya

Innalillahiwainnailaihirojiun… Hari ini umat Islam dikejutkan dengan kehilangan seorang lagi ulama Islam, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi bin Zam Zam yang telah kembali ke rahmatullah.

Allahyarham dikatakan telah meninggal dunia pada 30 Oktober 2021 bersamaan dengan 23 Rabiulawal 1443H jam 6.45 pagi.

Allahyarham merupakan seorang ilmuwan Islam Nusantara yang telah banyak menyumbangkan jasa dalam membimbing ummah ke jalan yang benar iaitu mengikut ahli sunnah waljamaah.

Pemergian Allahyarham Tuan Guru merupakan kehilangan besar buat ummah di seluruh Nusantara.

Jambatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM di halaman Facebooknya turut menzahirkan ucapan takziah di atas berita yang mendukacitakan ini.

Mari kita sama-sama hadiahkan Al Fatihah atas pemergian Allahyarham, semoga arwah Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: