Isu I-citra RM 10,000 Keperluan Mendesak Rakyat Bukan Populis – Najib Razak

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak hari ini di Parlimen terus mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran KWSP i-citra sehingga RM 10,000.

Menurut Dato Seri Najib, hasil daripada cadangan dan perjuangan beliau bersama Pemuda Umno sebelum ini walaupun telah diremehkan banyak pihak namun usaha ini membolehkan rakyat menikmati pengeluaran KWSP i-sinar, i-lestari dan i-citra.

Mantan Perdana Menteri itu juga berkata, beliau kecewa apabila cadangan pengeluaran KWSP i-citra untuk dinaikkan kepada RM10,000 tidak dipenuhi oleh kerajaan, malah ramai pula yang menyalahkan beliau walaupun pada hakikatnya beliau bukanlah Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan cadangan tersebut.

Tambah beliau lagi, tuntutan yang dibuat oleh Pemuda Umno itu bukanlah bersifat populis tetapi adalah keperluan mendesak rakyat yang memerlukan wang untuk menjelaskan pelbagai tunggakan dan komitmen serta bagi mereka memulakan perniagaan kecil kecilan dalam meneruskan kehidupan di saat yang sukar ini.

Berikutan dengan itu Mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut amat berharap agar Kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP i-citra dinaikkan kepada RM10,000.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: