Akibat Kecuaian Orang Lain, Penunggang Motosikal Hampir Digilis Lori

Ibarat mentimun dengan durian, begitulah diumpakan bagi penunggang motosikal ketika berada di atas jalanraya. Melanggar atau dilanggar dengan kenderaan berat terutamanya yang bersaiz besar seperti lori, penunggang motosikal lah yang akan menerima padah.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang penunggang motosikal dan juga seorang pembonceng nyaris maut di gilis lori apabila motosikal mereka mengalami kemalangan.

Sebuah lori yang dipandu dengan kain canvas yang tidak diikat kemas kelihatan melayang dan membalut muka penunggang motosikal dan juga pembonceng.

Motorsikal tersebut seterusnya hilang kawalan dan terbalik dan terjatuh ke arah sebuah lori tangki yang dipandu laju. Penunggang dan pembonceng yang terjatuh nyaris dipijak oleh lori tersebut.

Kejadian yang berlaku pada pagi tadi itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna jalanraya dan telah dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Michael Meng di media sosial.

Ramai netizen meninggalkan komen dengan menyalahkan pemandu lori kerana cuai dan hampir menyebabkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Trade in kereta lama, perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: