‘Comeback’ dari Ronaldo selamatkan Manchester United dari tewas

Di usia 36 tahun, Christiano Ronaldo membuktikan kedatangan ke Manchester United bukan sekadar untuk bersantai dan menunggu tibanya waktu untuk berpencen.

Dua jaringan yang berjaya dihasilkan oleh bintang Manchester United itu selepas dua kali ketinggalan membantu mengelakkan kelab dari England itu kalah kepada Atalanta pada perlawanan ke 4 Liga Juara Juara Eropah.

Ketinggalan pada separuh masa pertama 1-0 seawal minit ke 12′ Ronaldo bangkit pada minit ke 45′ bagi menyamakan kedudukan 1-1.

Bermula babak kedua Atalanta sekali lagi mendahului dengan 2-1 hasil jaringan Zapata pada minit ke 56′. Sedang United diambang kekalahan, Christiano Ronaldo sekali lagi menjadi wira apabila berjaya meledak gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.

Ini merupakan satu pencapaian bagi Ronaldo apabila beliau menjadi pemain pertama United menjaringkan gol pada 4 perlawanan berturut turut di Liga Juara Juara Eropah selepas kali terakhir dilakukan oleh Ruud Van Nistelrooy pada 2003.

Keputusan seri 2-2 menyaksikan kedua dua pasukan berkongsi 1 mata. Namun Manchester United masih menjadi pasukan yang berada di tangga teratas kumpulan F dengan mengumpulkan 7 mata dari 4 perlawanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: