Dua Lelaki Meninggal Dunia Ketika Cuba Selamatkan Ibu

Berikutan musim hujan orang ramai dinasihati agar menjauhkan diri dari memilih tempat beriadah yang berdekatan dengan sungai.

Semalam media melaporkan dua orang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika cuba menyelamatkan emak mereka daripada lemas.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Gerik Perak itu melibatkan dua lelaki, Abd Rahman Ramli 26 dan abang iparnya Ahmad Asymuni Idris 42 tahun yang ditemukan lemas.

Mereka dipercayai cuba menyelamatkan wanita tersebut yang hampir lemas ketika sedang mandi di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang pada hari Selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendent Zulkifli Mahmood, pada kejadia yang berlaku pada jam 3 petang itu wanita tersebut berjaya diselamatkan. Namun kedua dua lelaki itu yang cuba menyelamatkan wanita tersebut meninggal dunia.

Mereka semua dipercayai pergi ke sungai tersebut bersama adik beradik serta anak saudara untuk mandi.

Salam takziah dari kami buat semua ahli keluarga mangsa, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, trade in kereta lama, perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: